arena

Cabaran berakhir

Oleh Ferzalfie Fauzi

SKUAD badminton berpasukan campuran negara mengakhiri kempen di Piala Sudirman selepas tumpas 0-3 kepada Jepun dalam saingan suku akhir di Nanning, China, hari ini.

Jepun yang juga pilihan utama jelas berada di kelas tersendiri dengan menampilkan beberapa bintang utama mereka.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pemain negara terutama pasangan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan pertama.

Selepas memberikan tentangan sengit kepada pasangan nombor dua dunia, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda, Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila tumpas 21-13, 24-26, 21-23.

Malaysia ketinggalan 0-2 apabila perseorangan wanita negara, Soniia Cheah kalah straight set kepada pemain nombor dua dunia, Nozomi Okuhara 16-21, 13-21.

Hasrat untuk melihat perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menghidupkan kembali peluang untuk bangkit tidak kesampaian apabila dia tewas kepada pemain nombor satu dunia, Kento Momota 18-21, 16-21.

Disiarkan pada: May 24, 2019 @ 9:34pm
d