arena

Celtic lakar sejarah 'treble-treble'

Oleh Reuters

JUARA Scotland, Celtic bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengalahkan Heart of Midlothian 2-1 pada final Piala Scottish untuk melengkapkan catatan bersejarah ‘treble-treble’ di Hampden Park, Glasgow malam tadi.

Celtic kini menang semua tiga trofi domestik yang ditawarkan, Liga Perdana Scottish, Piala Scottish dan Piala Liga Scottish – bagi tahun ketiga berturut-turut.

Celtic menang Piala Liga Disember lalu, menewaskan Aberdeen 1-0 pada final dan memastikan kejuaraan liga kali kelapan berturut-turut awal bulan ini.

“Anda tak akan melihat ini sekali lagi,” kata bos Celtic, Neil Lennon, yang menggantikan Brendan Rodgers Februari lalu kepada BBC.

“Dalam bahasa bola sepak, ia mustahil (untuk menggambarkan kata-kata). Sembilan trofi daripada sembilan, ia luar biasa.”

Ryan Edwards mencetus kebimbangan buat Celtic dengan gol pada minit ke-52 namun penyerang Perancis, Odsonne Edouard meledak dua gol, yang kedua menerusi sepakan penalti, untuk memberikan kemenangan anak buah Lennon dan tempat dalam sejarah.

Disiarkan pada: May 26, 2019 @ 9:10am
d