arena

Paire menang ATP Lyon

Oleh AFP

TATKALA Terbuka Perancis bermula hari ini, Benoit Paire menawarkan sedikit harapan buat tuan rumah apabila dia membenam pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-4, 6-3 pada final kejohanan gelanggang tanah liat Lyon.

Pemain berusia 30 tahun itu turut menang di Marrakech pada April lalu dan akan melonjak ke tangga ke-38 ranking ATP esok, ketika dia turut berdepan pemain Romania, Marius Copil pada pusingan pertama di Roland Garros.

Tiada pemain Perancis memenangi Terbuka Perancis sejak kejayaan ikonik Yannick Noah pada 1983.

“Saya memulakan musim dengan beberapa kecederaan... jadi ia tidak mudah pada permulaannya,” kata Paire.

“Tapi saya berasa lebih bagus sekarang. Saya berasa bagus di gelanggang, saya berasa amat yakin. Apabila anda berasa yakin, anda boleh menang banyak perlawanan menentang pemain yang bagus.”

Disiarkan pada: May 26, 2019 @ 11:09am
d