arena

Lutut buat hal, Kante lupakan final

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante belum pasti dapat beraksi pada final Liga Europa menentang Arsenal di Baku pada awal pagi Khamis ini selepas mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan semalam, menurut laporan media Britain.

Pemain antarabangsa Perancis itu terlepas dua aksi terakhir Chelsea akibat kecederaan hamstring tetapi kembali berlatih minggu lalu dengan pengurus, Maurizio Sarri yakin dia akan kembali cergas menjelang aksi di ibu kota Azerbaijan itu.

Kedua-dua akhbar Times dan Guardian melaporkan Kante mengalami kecederaan lutut dan tampak sukar pulih bagi menghadapi final.

Ketiadaan pemain berusia 28 tahun itu sudah pasti memeningkan lagi Sarri yang telah pun kehilangan pertahanan, Antonio Rudiger, pemain tengah, Ruben Loftus-Cheek dan pemain sayap, Callum Hudson-Odoi akibat kecederaan.

Disiarkan pada: May 27, 2019 @ 12:17pm
d