arena

Pujian Klopp 'paling best' kata van Persie

Oleh Agensi

BEKAS pemain Arsenal dan Manchester United, Robin van Persie mendedahkan pujian terhebat pernah diterimanya diberikan oleh bos Liverpool, Jurgen Klopp.

Bekas pemain antarabangsa Belanda itu berkata bekas pengurus Dortmund itu berkata, Klopp memujinya ketika membintangi Arsenal menentang Borussia Dortmund pada Liga Juara-Juara (UCL) 2011.

Persie menjaringkan gol ketika seri 1-1 pada saingan peringkat kumpulan ketika itu.

Ia salah satu daripada 37 gol dijaringkannya dalam semua pertandingan ketika itu tetapi Klopp tertarik dengan bakat serba boleh dimiliki oleh pemain lincah kaki kiri itu.

“Klopp memberikan pujian terbaik dengan mengatakan “dia tidak pernah melihat seseorang pemain beraksi dalam tiga posisi pada satu-satu masa,” bekas penyerang itu memberitahu Voetbal International.

“Saya beraksi banyak posisi dalam perlawanan itu. Saya mara ke bahagian sayap, berada di depan, di tengah,” kata Van Persie, turut beraksi bersama Fenerbahce dan kini Feyenoord mengimbau semula detik perlawanan itu.

“Pasukan dapat menyerap cara permainan saya.

Mereka bermain untuk saya, jadi ia menjadi antara sebab saya menjaringkan gol dan mempamer prestasi cemerlang.

Liverpool bermain cemerlang di bawah kendalian Klopp.

Skuadnya akan berdepan Spurs pada penampilan kedua berturut-turut Liga Juara-Juara (UCL) pada 1 Jun dan berharap dapat menebus duka tewas kepada Real Madrid tahun lalu.

Malah, mereka hanya tewas satu perlawanan dalam musim saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Manchester City muncul juara liga.

Disiarkan pada: May 27, 2019 @ 5:30pm
d