arena

'Sampai lunyai but demi EPL...' [VIDEO]

Oleh Agensi/Esme Jo

BUT ‘hampir koyak dan lunyai’ digunakan oleh pemain Aston Villa, Jack Grealish bukan saja menjadi sejarah di Stadium Wembley malah menjadi perhatian wartawan dan pengulas sukan.

Beraksi dengan but yang hampir koyak serta lusuh nyata berbaloi apabila bekas juara Eropah itu kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Apapun mengenai kasut kapten Aston Villa itu, Grealish mempunyai alasan tersendiri mengapa masih setia menggunakannya hingga sekarang.

“Saya baru pulih kecederaan dan ketika itu ia memang kasut baru. Kemudian saya dapat menjaringkan gol dan membuat beberapa hantaran yang membolehkan pasukan menjaringkan gol,” katanya.

“Saya sentiasa merasakan ia but bertuah dan itu menyebabkan saya menggunakannya setiap kali bermain.”

Aston Villa menewaskan Derby County 2-1 pada playoff sekaligus layak mendapat tiket ke EPL.

Dua lagi pasukan Liga Kejuaraan, Norwich City dan Sheffield United sudah pun mendapat kelayakan beraksi dalam liga utama England itu.

Disiarkan pada: May 28, 2019 @ 2:09pm
d