arena

Gattuso 'patah hati' dengan AC Milan

Oleh Agensi

GENNARO Gattuso meletak jawatan selaku pengurus AC Milan, hari ini.

Skuad kendaliannya itu yang dikenali The Rossoneri menamatkan saingan di tangga kelima dengan tercicir 22 mata di belakang juara Serie A, Juventus.

Kelab itu juga terlepas slot untuk kelayakan Liga Juara-Juara (UCL).

Gattuso mmeberitahu Republica: "Membuat keputusan meninggalkan Milan bukan mudah. Bagaimanapun, ia keputusan yang perlu saya buat.

"Tiada satu tarikh benar-benar tepat ketika saya membuat keputusan itu:

“Ia sebahagian daripada sepanjang tempoh 18 bulan mengendalikan skuad ini yang bagi saya tidak akan sama seperti yang lain.

"Saya melalui detik di kelab ini dengan penuh minat dan sukar untuk dilupakan. Ia menyakitkan tetapi ia keputusan wajar difikirkan.

"Adakah saya berputus asa dengan kontrak selama dua tahun? Ya, kerana cerita saya dengan Milan tidak boleh dipersoalkan dengan duit."

Beberapa laporan media di Itali menyatakan keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan pertemuan dengan CEO dan bekas bos Arsenal, Ivan Gazidis.

Laman web Itali, CalcioMercato melaporkan Gazidis sudah menghubungi pengurus lain.

Bos Sampdoria, Marco Giampaolo dikatakan calon pilihan untuk menggantikan Gattuso lapor Sempre Milan.

Disiarkan pada: May 28, 2019 @ 4:57pm
d