arena

Barcelona pecat Valverde?

Oleh Agensi

BARCELONA dijangka memecat pengurus, Ernesto Valverde selepas penamat mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol.

Valverde mengetuai kejayaan Barca dalam La Liga tetapi mereka tewas kepada Liverpool pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum dikecewakan Valencia pada final Raja Sepanyol.

Pengendali itu mendapat sokongan pemain dan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu sejak beberapa hari lalu namun kini menurut RAC1, gergasi Catalan itu dijangka memecat Valverde selepas dua tahun di Camp Nou.

Selepas tewas 1-2 kepada Valencia dalam aksi Piala Raja Sepanyol, Bartomeu memberitahu Marca: “Kami menjuarai liga jadi ia musim yang sangat penting. Valverde mempunyai kontrak dia juga jurulatih.

“Kekalahan itu bukanlah kesilapan jurulatih dan saya tidak menganggap musim ini gagal,” tegasnya.

“Ia sangat bagus tetapi tidak cemerlang. Kami tewas beberapa perlawanan di sini dan di Anfield sekali gus hilang dua trofi,” katanya.

Disiarkan pada: May 29, 2019 @ 12:21pm
d