arena

Gattuso tinggalkan Milan

Oleh Reuters

JURULATIH AC Milan, Gennaro Gattuso tidak lagi bersama kelab itu semalam, dua hari selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan buat kali keenam.

Milan mengesahkan pengendali berusia 41 tahun itu yang menghabiskan 13 musim sebagai pemain tengah di San Siro antara 1999-2012 meninggalkan kelab walaupun kontrak masih berbaki dua tahun.

“AC Milan mengesahkan Gennaro Gattuso melepaskan jawatannya sebagai pengurus utama skuad kelab atas persetujuan bersama berkuatkuasa serta-merta,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

"Legenda Rossoneri (merah dan hitam) sejati, Gennaro memegang jawatan itu ketika tempoh sukar kelab dan menjalankan tugasnya dengan baik dengan mengumpul jumlah mata liga tertinggi sejak musim 2012/13.

Kelab turut mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Sukan, Leonardo Arauju yang juga bekas pemain Brazil.

Disiarkan pada: May 29, 2019 @ 2:12pm
d