arena

Suarez cedera, tetap disenarai

Oleh AFP

BINTANG Barcelona, Luis Suarez disenaraikan dalam skuad Copa America Uruguay semalam sekalipun menjalani pembedahan lutut hanya tiga minggu lalu.

Penyerang berusia 34 tahun itu diragui boleh beraksi pada kejohanan benua itu yang bermula di Brazil pada 14 Jun ini selepas menjalani pembedahan pada 9 Mei lalu.

Barcelona menyatakan dia terpaksa berehat “antara empat hingga enam minggu.”

Ia lima minggu sebelum perlawanan pertama Uruguay, menentang Ecuador pada 16 Jun ini di Belo Horizonte.

Jurulatih Oscar Tabarez yakin Suarez mampu berada pada tahap kecergasan terbaik apabila dipanggil walaupun dia berehat ketika ini.

“Dia amat profesional dan mempunyai sejarah yang baik dari segi pemulihan,” katanya kelmarin.

Dengan Suarez disenaraikan, tiada kejutan besar dalam skuad 23 pemain pilihan Tabarez ketika pemain bintang Edinson Cavani, penyerang Paris Saint-Germain dan pertahanan tengah Diego Godin, yang meninggalkan Atletico Madrid selepas sembilan tahun, turut disenarai.

Pemegang rekod juara Copa, Uruguay membida gelaran ke-16 di Brazil, yang mana mereka berdepan aksi getir Kumpulan C di samping Ecuador, juara bertahan Chile dan pasukan jemputan Jepun.

Kehadiran Suarez penting bagi mencerahkan peluang Uruguay memenangi Copa America buat kali pertama sejak 2011.

Penyerang Barca itu adalah penjaring gol terbanyak negaranya sepanjang zaman, di depan Cavani di tangga kedua dan kedua-duanya serta Godin antara pemain dalam skaud terakhir menjulang trofi benua itu.

SKUAD URUGUAY

Penjaga gol: Fernando Muslera (Galastasaray/TUR), Martin Silva (Libertad/PAR), Martin Campana (Independiente/ARG)

Pertahanan: Diego Godin (Atletico Madrid/ESP), Sebastian Coates (Sporting Lisbon/POR), Jose Maria Gimenez (Atletico Madrid/ESP), Giovanni Gonzalez (Penarol), Martin Caceres (Juventus/ITA)

Tengah: Diego Laxalt (AC Milan/ITA), Nahitan Nandez (Boca Juniors/ARG), Lucas Torreira (Arsenal/ENG), Matias Vecino (Inter Milan/ITA), Rodrigo Bentancur (Juventus/ITA), Nicolas Lodeiro (Seattle Sounders/USA), Federico Valverde (Real Madrid/ESP), Giorgian De Arrascaeta (Flamengo/BRA), Marcelo Saracchi (RB Leipzig/GER)

Penyerang: Cristhian Stuani (Girona/ESP), Gaston Pereiro (PSV Eindhoven/NED), Edinson Cavani (Paris Saint-Germain/FRA), Jonathan Rodriguez (Cruz Azul/MEX), Maximiliano Gomez (Celta Vigo/Espana), Luis Suarez (Barcelona/ESP)

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 8:43am
d