arena

'Kami tak mahu Ozil lagi...'

Oleh Agensi

PENYOKONG Arsenal sudah hilang sabar dan mahu pemain bernama Mesut Ozil dijual segera selepas kelab mereka mengalami kekalahan memalukan pada final Liga Europa.

Pemain Jerman itu beraksi seperti bukan seorang superstar sepanjang perlawanan ketika Gunners dibedal 4-1 oleh Chelsea di Baku.

Ia aksi musim ketiga mereka tanpa sebarang pencapaian pada kejuaraan peringkat Eropah.

Ozil beraksi selama 77 minit pada perlawanan itu sebelum dia digantikan oleh Joe Willock yang mendapat ejeken ‘boo’ daripada peminat bertandang ke venue di Azerbaijan itu.

Peminat Arsenal yang berang, Piers Morgan menulis: "Masa untuk menjual Ozil. Malah, malam ini (semalam) sudah cukup bagus untuk menjualnya."

Seorang lagi peminat menambah: "Pemain bernama Ozil perlu dijual secepat mungkin."

Peminat ketiga menulis: "Ozil sudah berakhir sejak dua musim lalu, perlu dijual selepas perlawanan itu."

Peminat mahu dikenali sebagai Mr Lavz dengan nada lebih sinis menulis: "Ozil sepatutnya dijual sejak dulu lagi dan tidak diberikan kenaikan gaji."

Bekas pemain Chelsea Eidur Gudjohnsen yang kini bertugas sebagai pengulas sukan untuk BT Sport, turut mengkritik pemain berusia 30 tahun itu selepas perlawanan.

Dia berkata: "Jika saya boleh memberitahu pengurus Arsenal, skuad anda ketinggalan 4-1 pada perlawanan final kemudian mengeluarkan Ozil dan dia pula berjalan dengan sangat perlahan seperti menunggu untuk mendapat tepukan gemuruh.

"Saya minta maaf, jika saya seperti itu, saya berasa malu, menundukkan muka dan berlari keluar padang secepat mungkin”.

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 2:23pm
d