arena

United tercicir, tiada falsafah...

Oleh Agensi

PHIL Neville mengakui Manchester City 'jauh lebih baik' berbanding Manchester United dan memerlukan tempoh yang panjang untuk merapatkan jurang.

Bekas pemain pelbagai kegunaan United itu kini menjadi pengurus untuk pasukan yang membuat persiapan untuk menghadapi Piala Dunia Wanita.

Neville adalah salah seorang pemain Class of '92 United yang membawa kelab itu ke kemuncak bolasepak domestik dan bolasepak Eropah di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Bagaimanapun, dia melihat Red Devils kini tercicir.

Biarpun yakin bekas rakan sepasukan, Ole Gunnar Solskjaer dan kakitangannya mampu mengelak penurunan lebih teruk, dia turut bimbang dengan falsafah pasukan itu sejak beberapa musim lalu.

Bercakap kepada The Offside Rule Exclusives, Neville berkata: “Sejak lima tahun lalu, anda dapat melihat sebuah pasukan lenyap daripada falsafah dan matlamat asal kelab itu.

“Apabila anda melihat kepada City, Liverpool dan Tottenham, asas kelab mereka sangat kuat dan anda mengatakan United daripada aspek kewangan. Tetapi kestabilan di atas padang?

“Jika anda lihat kepada pasukan seperti City, Liverpool, Spurs, mereka memiliki sistem dan gaya permainan, sentiasa mencuba dan ada kaedah boleh dipercayai manakala United kelihatan seperti terumbang-ambing biarpun bergant-ganti pengurus.

“Mereka perlu kembali seperti apa terbaik pernah dilakukan oleh United.

“Mereka kini bermain bolasepak tertentu yang tidak sinonim dengan apa diterapkan oleh Sir Alex Ferguson mahupun seperti apa dilakukan oleh Sir Matt Busby dan Ron Atkinson”.

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 5:40pm
d