arena

Conte bos baru Inter

Oleh Agensi

ANTONIO Conte dilantik sebagai pengurus baru Inter Milan, hari ini.

Bekas pengurus Chelsea itu menggantikan Luciano Spalletti yang dipecat, semalam biarpun memberikan slot Liga Juara-Juara (UCL) dengan menduduki tangga keempat Serie A.

Conte, 49, tidak memegang sebarang tugas sejak meninggalkan kelab Stamford Bridge itu sejak setahun lalu.

Bekas pengurus Juventus itu dilaporkan akan menerima gaji sebanyak £8.8j (RM46 juta) setahun di San Siro.

Bercakap mengenai peranan barunya, dia berkata: "Lembaran baru hidup saya bermula, saya benar-benar teruja.

"Menerusi kerja saya, saya akan cuba mengembalikan kepercayaan kepada presiden, Steven Zhang dan lembaga pengarah.

“Saya memilih Inter disebabkan asas projek dan cita-cita tinggi ditunjukkan. Ia disebabkan oleh sejarah Inter.”

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 6:03pm
d