arena

Lennon pengurus tetap Celtic

Oleh Agensi

NEIL Lennon mahu memberi ‘hari yang lebih hebat’ kepada Celtic selepas disahkan sebagai bos tetap kelab itu.

Lennon, 47, mendedahkan hari ini, dia ditawarkan pekerjaan itu di bilik persalinan selepas skuadnya menewaskan Hearts di Hampden untuk memenangi Piala Scotland sekali gus merangkul ‘treble-treble’.

Dia menggantikan Brendan Rodgers pada Februari dan membawa kelab berkenaan merangkul lapan kejuaraan berturut-turut selepas kali kedua mengambil alih tugas itu.

“Apabila saya ditanya untuk mengambil alih, saya rasakan seperti tugas saya untuk melakukannya,” kata Lennon.

“Celtic akan sentiasa menjadi kelab saya dan saya mahu membantu untuk menyelesaikan tugas yang baru bermula.

“Saya mahu menjadi sebahagian yang memperolehi kejayaan yang membanggakan dan saya melihat untuk bekerja sama dengan pemain, staf dan penyokong untuk merealisasikan perkara ini.”

Lennon menandatangani 12 bulan kontrak, dengan John Kennedy turut menyambung tugas sebagai penolong pengurus dan Damien Duff kekal sebagai jurulatih pasukan utama.

Disiarkan pada: June 1, 2019 @ 12:16am
d