arena

Hajat besar Lloris di Wanda

Oleh AFP

KAPTEN Tottenham, Hugo Lloris mengintai peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Dunia dalam tempoh 10 bulan, selepas dia meraih kejayaan bersama Perancis di Russia tahun lalu.

“Satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada dua pasukan ini,” kata Lloris.

“Untuk memenangi Piala Dunia bersama negara saya satu pencapaian gemilang tapi ia tidak boleh menjadi kenyataan tanpa bantuan rakan sepasukan dan ia sekali lagi diperlukan pada final kali ini.

“Saya fikir kami mempunyai satu gabungan pemain berpengalaman yang bagus serta pemain muda berkualiti dan mereka perlu menuruti pemimpin, pertama terhadap pengurus dan kemudian pemimpin pasukan.

“Kemudian kami hanya perlu bersedia kerana ia satu perlawanan fantastik untuk terbabit. Ia mengenai setiap perkara secara terperinci. Ia boleh menjadi faktor penentu.”

Spurs bertemu Liverpool pada final Liga Juara-Juara di Wanda Metropolitano, Madrid awal pagi esok.

Lloris menyertai Tottenham pada 2012 dari Lyon namun dia tidak pernah meraih sebarang trofi bersama kelab utara London itu. Paling hampir pada 2015 apabila mereka tewas 0-2 di tangan Chelsea pada final Piala Liga di Wembley.

Disiarkan pada: June 1, 2019 @ 9:27am
d