arena

Alexander-Arnold sedia tebus duka Kiev

Oleh Reuters

PERTAHANAN Liverpool, Trent Alexander-Arnold menegaskan kepedihan kalah final Liga Juara-Juara musim lalu di tangan Real Madrid menguatkan semangatnya berdepan Tottenham, awal pagi esok.

Selepas kalah 1-3 di Kiev Mei tahun lalu, Liverpool berjuang sebelum layak ke final tahun ini di gelanggang Atletico Madrid, Wanda Metropolitano, yang mana mereka mengintai peluang menjulang Piala Eropah buat kali pertama sejak 2005.

Alexander-Arnold bermula dalam kesebelasan utama tahun lalu menentang Madrid, yang menang mudah menerusi gol Karim Benzema dan dua jaringan Gareth Bale.

“Pengalaman membantu kami, pasti bodoh jika anda lupa dengan apa yang berlaku musim lalu,” kata Alexander-Arnold pada sidang media awal pagi tadi.

“Kami belajar daripada Madrid di Kiev, gaya mereka, cara mereka menang perlawanan itu. Sepanjang musim ini kami sudah membuktikan kenapa kami satu pasukan yang bagus.

“Secara peribadi saya tidak mahu esok saya berasakan bagaimana saya rasakan di Kiev musim lalu. Ia akan berlalu dalam fikiran dan saya akan berusaha meningkat satu atau dua peratus lagi.”

Disiarkan pada: June 1, 2019 @ 11:39am
d