arena

Alisson kongsi gembira dengan isteri hamil

Oleh Agensi

PEMAIN dan penyokong Liverpool bergembira sakan ketika mereka memenangi trofi Liga Juara-Juara di Madrid, awal pagi tadi.

Mereka mengatasi Tottenham Hotspur 2-0 pada aksi final susulan penalti awal Mohamed Salah dan gol lewat Divock Origi.

Penjaga gol Alisson Becker beberapa kali menyelamatkan pasukan itu daripada dibolosi dan jelas dia menikmati kejayaan itu selepas perlawanan.

Sesudah menyertai rakan sepasukannya di pentas untuk menerima pingat juara dan menjulang trofi Liga Juara-Juara, Alisson memastikan isteri dan anaknya turut berkongsi kegembiraan itu.

Dia membuat panggilan video dari tengah padang, meletakkan pingat di mulutnya ketika dia memperkenalkan keluarganya kepada dunia.

Isteri Alisson, Natalia Loewe, tidak dapat menghadiri perlawanan di Madrid itu kerana dia sedang hamil.

Natalia turut mengepos mengenai pengalaman itu dalam Instagram, meletakkan emoji sayang di samping mesej sokongannya.

Alisson tiba di Anfield pada musim panas tahun lalu dan menjadi tonggak penting terhadap rekod baik benteng pertahanan mereka.

Disiarkan pada: June 2, 2019 @ 11:06am
d