arena

Woods mantap hadapi Terbuka AS

Oleh Reuters

TIGER Woods memukau pada Kejohanan Memorial awal pagi tadi dengan pesta birdie awal ketika mencatat 67 pada pusingan akhir untuk menempelak sebarang keraguan mengenai persiapannya bagi Terbuka AS minggu depan.

Woods menolak masuk tujuh birdie dalam 11 lubang di Muirfield Village, lapangan yang mana dia menang dengan rekod lima kali, sebelum beberapa bogey lewat menyaksikannya berkongsi tangga kesembilan dengan sembilan bawah par 279, 10 pukulan di belakang pemenang Patrick Cantlay.

Rentaknya terjejas dengan bogey pertama pada lubang ke-14, yang mana pukulan keduanya singgah di rough bersebelahan green, namun dia kelihatan gembira selepas itu.

“Saya bermain dengan amat bagus hari ini,” kata Woods kepada televisyen CBS.

“Saya memukul bola dengan baik dan mantap serta melakukan beberapa tolakan putt yang bagus pada sembilan lubang pertama tapi ia kurang menjadi sedikit selepas itu.”

Woods mempunyai masa seminggu sebelum menuju ke Pebble Beach, lapangan tepi pantai California yang mana dia memenangi Terbuka AS 2000 dengan jurang besar 15 pukulan.

Woods menang Masters AS April lalu, kejuaraan utama ke-15 buatnya, namun terlepas ‘cut’ pada Kejuaraan PGA di Bethpage dua minggu lalu.

Disiarkan pada: June 3, 2019 @ 11:30am
d