arena

Konflik Benfica, Porto tak jejas Selecao

Oleh Reuters

PERTAHANAN Portugal, Pepe yakin penyokong di Porto akan memberi sokongan padu terhadap pasukan itu apabila bandar raya itu menjadi hos Liga Negara Eropah minggu ini dan permusuhan mereka dengan Benfica tidak menjadi penghalang.

Isu itu timbul apabila rakaman televisyen menunjukkan sekumpulan penyokong mengejek penyerang Benfica, Joao Felix apabila keretanya masuk ke pusat latihan pasukan itu di Porto, Ahad lalu.

“Apabila saya bermain untuk pasukan kebangsaan buat kali pertama, ada sedikit perbezaan antara Utara dan Selatan,” kata Pepe, yang menyertai FC Porto Januarl lali. “Namun perbezaan itu tidak wujud lagi, kami bermain untuk negara.

“Suasananya mengagumkan dan saya yakin rakyat di Utara akan memberikan sokongan hebat kepada pasukan,” jelas pemain kelahiran Brazil berusia 36 tahun itu yang sudah melakukan 105 penampilan sejak kali pertama beraksi pada 2007.

“Pemain berasakannya. Kami sering diterima baik dari Utara ke Selatan.”

Portugal bertemu Switzerland pada separuh akhir pertama di gelanggang Porto, Estadio do Dragao awal pagi Khamis ini dengan final Ahad ini di stadium sama.

England pula berdepan Belanda pada satu lagi separuh akhir di Guimaraes, awal pagi Jumaat ini.

Disiarkan pada: June 4, 2019 @ 11:13am
d