arena

Eriksen sedia tinggalkan Spurs

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Denmark, Christian Eriksen berkata dia bersedia meninggalkan Tottenham Hotspur untuk berdepan cabaran baru di kelab lain menjelang musim depan.

Eriksen, tiba di Spurs dari Ajax Amsterdam pada Ogos 2013, menjadi nadi penting dalam skuad bimbingan Mauricio Pochettino naib johan selepas tewas kepada Liverpool dalam Liga Juara-Juara dan menduduki tempat ke empat Liga Perdana Inggeris.

“Saya berasa berada di peringkat karier di mana saya mahu cuba perkara baru,” kata Erikson, 27, kepada akhbar Denmark, Ekstra Bladet.

“Saya mempunyai sangat menghormati semua perkara yang berlaku di Tottenham dan ia bukan perkara yang negatif untuk terus kekal. Tetapi saya juga maksudkan saya mahu mencuba perkara yang baru.

“Saya harap ada perkara yang dapat diputuskan musim panas ini. Itu adalah perancangannya. Dalam bola sepak anda tidak akan tahu bila keputusan itu akan dilakukan seperti yang dimahukan. Ia mungkin pada bila-bila masa sahaja.”

Eriksen mempunyai satu tahun kontrak lagi bersama Spurs dan media Sepanyol melaporkan dia dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, yang melakukan rombakan terhadap pasukan dibawah bimbingan Zinedine Zidane selepas mengharungi musim mengecewakan menduduki tempat ke tiga dalam liga.

Disiarkan pada: June 5, 2019 @ 11:27pm
d