arena

Cedera paksa Neymar diketepikan

Oleh AFP

BINTANG Brazil, Neymar terpaksa diketepikan dari Copa America selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi selepas Brazil mencatat kemenangan 2-0 ke atas Qatar dalam perlawanan persahabatan hari ini.

“Berikutan kecederaan yang sangat serius, Neymar mungkin tidak cergas atau mempunyai masa untuk pulih daripada kecederaan yang dialami seterusnya beraksi dalam kejohanan itu menurut kenyataan Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF).

Kecederaan yang menimpa antara pemain bola sepak termahal dunia merupakan tamparan hebat buat tuan rumah Brazil menjelang persiapan kejohanan membabitkan negara Amerika Selatan itu yang dijadualkan bermula seminggu lagi.

Kekecewaan Neymar jelas dapat dilihat selepas pemain itu menutup mukanya dengan tangan ketika duduk di bangku simpanan selepas hanya beraksi selama 20 minit di Stadium Brasilia's Mane Garrincha, awal pagi ini.

Disiarkan pada: June 6, 2019 @ 3:40pm
d