arena

Kante terlepas aksi Euro

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante dijangka terlepas aksi bersama skuad Perancis dalam kelayakan Euro 2020 berdepan Turki dan Andorra berikutan kecederaan lutut yang dialami.

Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) berkata Kante mengalami kecederaan ketika latihan sebelum Chelsea menentang Aresenal dalam final Liga Europa minggu lalu namun beraksi 90 minit masa penuh perlawanan tatkala pasukannya menewaskan seteru London, 4-1.

Pemain berusia 28 tahun itu juga antara pemain skuad Perancis yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bolivia dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Nantes pada Ahad namun dia tidak beraksi.

“Agak malang sekali, N'Golo Kante tidak akan beraksi dalam kelayakan menentang Turki dan Andorra berikutan kecederaan lutut,” menerusi Twitter FFF.

Tambahnya, jurulatih Didier Deschamps dijangka tidak akan memanggil pemain gantian.

Perancis ketika ini berada di kedudukan teratas Kumpulan H kelayakan akan berdepan Turki di Konya pada Sabtu sebelum berdepan Andorra tiga hari kemudian.

Albania, Iceland and Moldova turut berada dalam kumpulan sama.

Disiarkan pada: June 7, 2019 @ 12:19pm
d