arena

Portugal tanpa Pepe

Oleh AFP

PORTUGAL dijangka beraksi tanpa pemain pertahanan tengah veterannya, Pepe tatkala sasaran skuad itu merangkul kejuaraan pertama pada final Liga Negara-Negara Eropah di gelanggang sendiri, awal pagi Isnin.

Pertahanan Porto itu mengalami kecederaan patah tulang bahu ketika hatrik Cristiano Ronaldo memastikan kemenangan, 3-1 ke atas Switzerland, semalam.

Portugal akan berdepan Belanda yang menewaskan England dalam satu lagi separuh akhir.

“Pemain itu mengalami kecederaan patah tulang bahu ketika perlawanan Portugal-Switzerland,” menurut Persekutuan Portugal.

“Pemain berkenaan terpaksa diketepikan daripada skuad kebangsaan.

Pemain berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika pasukannya melakukan serangan dibahagian sudut lebih sejam selepas perlawanan.

Pemian Lille, Jose Fonte menggantikan Pepe pada malam itu dan dijangka terus beraksi di bahagian itu pada final nanti.

Disiarkan pada: June 7, 2019 @ 3:08pm
d