arena

Koepka intai kejuaraan ketiga Terbuka AS

Oleh AFP

BROOKS Koepka menyedari peluangnya melakar sejarah Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Pebble Beach - dan ia adalah cabaran besar buat bintang AS itu memperagakan aksi terbaiknya.

Koepka dijangka tiba di lapang sasar yang mempunyai pemandangan menarik di Carmel Bay dengan harapan menjadi pemain kedua memenangi tiga kejuaraan Terbuka AS berturut-turut - dengan pemain pertama melakukannya Willie Anderson pada tahun 1903, 1904 dan 1905.

“Nama berkenaan kembali disebut tahun lalu,” kata Koepka mengenai Anderson - yang memenangi empat daripada lima kejuaraan Terbuka AS dari 1901 hingga 1905.

“Saya tahu apa yang saya kejarkan dan berusaha untuk mencapainya.”

Sesiapa yang mejangkakan keadaan semula jadi di lapangan itu bakal mempengaruhi aksi Koepka pastinya mahu memberi perhatian kepada empat kejuaraan major dimenangi membabitkan permulaan awal - bermula kejayaan di Terbuka AS 2017 di Erin Hills.

Dia menjadi pemain pertama sejak Curtis Strange pada 1988-89 untuk memenangi dua kejuaraan Terbuka AS berturut-turut dengan kejayaan di Shinneock Hills tahun lalu dan diikuti kemenangan pada kejuaraaan PGA di Bellerive dan bulan lalu di Bethpage Black.

“Tiada tekanan,” kata Koepka menjelang persiapannya ke Terbuka AS di Terbuka Kanada. “Saya tahu agak sukar untuk melakukannya.

“Setiap kali (dalam pertandingan major), kamu mempunyai 144 orang atau 150 orang, apa sahajalah.

“Ada ramai pemain yang boleh menang dalam pertandingan golf itu.

Disiarkan pada: June 7, 2019 @ 3:57pm
d