arena

Cabaran negara berakhir di Australia

Oleh Saiful Affendy Sapran

HASRAT untuk melihat gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke separuh akhir Terbuka Australia tidak kesampaian selepas gandingan negara itu tersingkir di suku akhir hari ini.

Pilihan ketiga kejohanan dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tewas 18-21, 20-22 kepada pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti.

Peng Soon-Liu Ying dilihat cuba memberi saingan sengit namun terpaksa akur pada perlawanan yang berlangsung selama 42 minit itu.

Seorang lagi wakil negara, Soon Joo Ven turut tewas kepada pilihan pertama dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-14, 21-8 dalam tempoh 31 minit.

Cabaran Malaysia berakhir dengan kekalahan kedua-dua wakil negara itu.

Disiarkan pada: June 7, 2019 @ 8:29pm
d