arena

Sepanyol, Ukraine menang bergaya

Oleh AFP

BEKAS juara bertahan tiga kali, Sepanyol membelasah Faroe Islands, 4-1 manakala Ukraine menumpaskan pasukan bergelut Serbia 5-0 dalam kempen kelayakan Euro 2020 awal pagi ini.

Pemain Republik Ireland, James McClean berkata kritikan terhadap pasukannya pada pra-perlawanan oleh pemain Denmark menjadi motivasi skuad itu untuk mengikat kedudukan seri 1-1 di Copenhagen.

“Ada beberapa pemain yang memberi sumbangan besar kepada pasukan masih baru dalam skuad. Kami mahu membuktikan sesuatu,” kata McClean.

Kapten Sepanyol, Sergio Ramos menjaringkan gol pembukaan selepas enam minit permainan sebelum Jesus Naves mengandakan jaringan minit ke-19.

Klaemint Olsen menanduk masuk gol berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-30 namun hasrat skuad ranking ke 102 dunia untuk mencipta kejutan pudar selepas Teitur Gestsson menjaringkan gol sendiri tiga minit kemudian.

Sepanyol memastikan tiga mata milik mereka dan mengekalkan rekod tanpa kalah dipuncak kumpulan F selepas pemain pertahanan, Jose Gaya menjaringkan gol peribadi pertama antarabangsa ketika baki 14 minit permainan.

Sweden mengalahkan Malta, 3-0 untuk kekal dikedudukan kedua.

Pemain Schalke, Evgen Konoplyanka pula menjaringkan dua gol tatkala Ukraine kekal dipuncak kumpulan B dan lima mata mengatasi juara Eropah, Portugal.

Poland turut meneruskan rekod tanpa kalah ketika menewaskan Macedonia, 1-0 menerusi jaringan Krzysztof Piatek pada babak kedua perlawanan.

Disiarkan pada: June 8, 2019 @ 12:42pm
d