arena

Holloway kuasai 110m lari berpagar

Oleh AFP

ATLET Amerika, Grant Holloway sekali lagi mencatat larian terpantas dalam acara 110 meter (m) lari berpagar dalam masa 11 bulan, untuk mengatasi catatan rekod 13 saat (s) dalam kariernya pada kejohanan kolej kebangsaan Amerika Syarikat, hari ini.

Holloway, 21, melepasi garisan penamat dengan catatan 12.98s untuk mengatasi pencabar di tempat kedua Daniel Roberts yang mencatat 13s di Stadium Mike A. Myers, Austin, Texas.

Holloway, melanjutkan pengajian di Florida, menjadi atlet kolej Amerika pertama membuat larian dibawah 13s pada perlumbaan itu. Dia juga memecah rekod lama Renaldo Nehemiah, 40, yang mencatat 13.00s.

Bekas juara bertahan dari Rusia, Sergey Shubenkov adalah atlet terakhir yang memecah rekod 13s apabila dia membuat larian 12.92s pada Julai 2018. Holloway turut bertanding dalam acara lompat jauh.

Disiarkan pada: June 8, 2019 @ 1:38pm
d