arena

Hamilton kemalangan, sesi latihan F1 Kanada

Oleh Agensi

CHARLES Leclerc penguasai kedudukan satu-dua Ferrari selepas pelumba Mercedes, Lewis Hamilton terbabit kemalangan pada sesi latihan Grand Prix Formula Satu (F1), Kanada.

Leclerc dan rakan sepasukannya, Sebastian Vettel, yang mengekori rapat di belakang Mercedes, mendahului di kedudukan teratas catatan masa.

Leclerc mengatasi Vettel dengan 0.074 saat, selepas memperbaikinya pada percubaan kali kedua.

Seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas mencatat 0.134s menduduki tempat ketiga. Hamilton bagaimanapun menduduki tempat ke enam selepas terbabit kemalangan.

Juara dunia itu mendahului dengan masa terpantas sebelum hilang kawalan ketika mengambil selekoh sehingga hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit di luar litar.

Dia berjaya kembali ke kawasan pit untuk memperbaiki kerosakan kenderaan dalam keadaan tayar pancit dan merosakkan bahagian sayap bawah keretanya.

Hamilton berkata: “Saya melakukan kesilapan dan merosakkan kereta itu. Kru kami berusaha keras untuk memperbaikinya, namun masa tidak mencukupi.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya terlepas aksi keseluruhan sesi sebelum ini. Ia semestinya tidak bagus untuk melihat sesi berkenaan daripada garaj kenderaan. Ia berasa seperti duduk di pejabat guru besar, mengharapkan untuk pulang ke kelas semula.

“Ia adalah kesilapan yang tidak diduga. Ia berlaku ketika saya sedang melakukan beberapa pusingan menggunakan medium tayar dan cuba mencari tahap keupayaannya.

“Nasib baik, Valtteri mempunyai sesi yang bagus hari ini, jadi banyak analisis dapat dilakukan darinya.”

Disiarkan pada: June 8, 2019 @ 3:15pm
d