arena

Ashleigh mahu nombor satu pula

Oleh AFP

ASHLEIGH Barty berkata, dia sama sekali tidak terfikir bahawa Terbuka Perancis akan menjadi Grand Slam pertamanya namun dengan kejayaan menjulang gelaran di Roland Garros dia akan melangkah ke beberapa kejohanan utama selepas ini sebagi antara pemain pilihan dan menyasarkan ‘matlamat seterusnya’ mahu menjadi pemain nombor satu dunia.

Pemain Australia itu, yang pertama dari negaranya menang di Paris sejak Margaret Court pada 1973, berehat seketika daripada tenis pada 2014 untuk beraksi dalam perlawanan kriket profesional.

Namun pemain berusia 23 tahun itu jelas sekali mendaki ranking sejak kembali tanpa ranking dunia dan akan bergelar nombor dua dunia pada Isnin.

Dia mendominasi 6-1, 6-3 pada final berdepan pemain remaja Republik Czech Marketa Vondrousova Sabtu lalu dan jelas sekali menjadikannya sebagai pemain yang mampu beraksi secara konsisten di tahap tertinggi.

“Jelas sekali bukan di sini, itu yang pasti. Satu pengembaraan menakjubkan yang kami alami sejal beberapa tahun sebelumnya,” kata Ashleigh.

“Saya cuba memberitahu diri di gelanggang bahawa saya tidak akan mendapat peluang seperti ini lagi, jadi nikmatinya, cuba mendakapnya dengan kedua tangan dan keluar dari sana sambil tersenyum.

“Kejayaan melangkah jauh ke kejohanan Slam satu pencapaian baharu, itulah sasarannya. Satu daripada sasaran kami adalah terus melakukannya.

Kini dia menghampiri gelaran nombor satu dunia, dengan Naomi Osaka di puncak dan Ashleigh menyasarkan untuk menyingkirkan bintang Jepun itu.

“Jelas sekali itulah matlamat berikutnya, sasaran berikutnya dan saya boleh melihat diri saya dalam situasi seterusnya,” katanya.

“Menjadi pemain nombor dua dunia sesuatu yang menakjubkan dan sesuatu yang tidak pernah saya impikan sewaktu kecil dan kami akan terus berusaha untuk menjadi nombor satu.

Disiarkan pada: June 9, 2019 @ 3:19pm
d