arena

Impian besar Nadal

Oleh AFP

RAFAEL Nadal mengakui prospek menjulang gelaran Roland Garros ke-12 dan gelaran utama ke-18 awal pagi esok mungkin kelihatan seperti impian luar biasa sepanjang kariernya yang dibelenggu kecederaan.

Bagaimanapun dia menyedari dia tidak boleh memandang ringan cabaran pemain Austria Dominic Thiem apabila mereka bertemu pada final di Roland Garros.

Thiem mencatat empat kemenangan di gelanggang tanah liat ke atas pemain Sepanyol berusia 33 tahun ini, namun rekod dimiliki Novak Djokovic.

Pemain berusia 25 tahun itu melangkah di final selepas mengejutkan pemain nombor satu dunia Djokovic menerusi aksi lima set separuh akhir pada Sabtu, menamatkan siri 26 kemenangan pemain Serbia itu pada kejohanan Slam.

“Ya, secara jujurnya ia sesuatu yang luar biasa dapat berada di sini lagi,” kata Nadal yang tidak pernah tewas di final Roland Garros dan memiliki rekod 92-2 di kejohanan itu sejak penampilan pertama pada 2005.

“Ya, ia sesuatu yang istimewa dan sukar untuk dijelaskan tetapi kami berada di sini dan pada hari di mana kami mula memikirkan sama ada ia luar biasa atau tidak mungkin bergantung pada hari kami melakukan sesuatu yang berbeza.”

Disiarkan pada: June 9, 2019 @ 3:29pm
d