arena

Bintang City cium wartawan TV [VIDEO]

Oleh Agensi

BINTANG Manchester City, Oleksandr Zinchenko mencium pipi seorang wartawan wanita ketika siaran langsung selepas Ukraine menang besar ke atas Serbia pada aksi kelayakan Euro 2020.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang beraksi 90 minit ketika kemenangan 5-0 awal pagi kelmarin, ditemu ramah oleh wartawan Vlada Sedan selepas wisel penamat.

Pertahanan kiri Manchester City itu, yang melakukan 29 penampilan buat pasukan kendalian Pep Guardiola dalam semua pertandingan musim lalu, menamatkan temu ramah itu dengan mencium pipi Vlada sebelum berlalu.

Tindakan itu mencetus beberapa bantahan kerana ia sama seperti insiden membabitkan peninju Kubrat Pulev, Mac lalu.

Peninju heavyweight Bulgaria itu mencium bibir wartawan Jennifer Ravalo tanpa kerelaannya dan kemudian didenda, digantung serta diarahkan menghadiri kelas pencegahan gangguan seksual.

Bagaimanapun, difahamkan Zinchenko dan Vlada berkawan dan sebelum ini pernah bergambar bersama. Mereka juga dikatakan bercinta.

Kemenangan Ukraine ke atas Serbia membolehkan mereka mengungguli Kumpulan B dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan, susulan kemenangan ke atas Luxembourg dan seri dengan Portugal.

Disiarkan pada: June 10, 2019 @ 7:43pm
d