arena

Harap sentuhan bekas kedi Woods

Oleh AFP

JASON Day, bekas pemain nombor satu dunia, juara kejohanan utama dan pemenang 12 kejohanan Jelajah PGA berharap bekas kedi Tiger Woods Steve Williams mampu membantunya mengembalikan kariernya yang menurutnya ‘terjejas teruk’.

“Saya rasa, pencapaian saya terjejas teruk sehingga kini,” kata pemain Australia berusia 31 tahun itu awal pagi tadi ketika dia bersiap sedia untuk Terbuka Amerika di Pebble Beach.

“Saya dapat rasakan jika permainan menjadi, saya boleh menang kebanyakan kejohanan.

“Perkara terbesar bagi saya adalah meneruskannya serta percaya dan yakin terhadap kemampuan saya melakukannya.”

Day yang ketika ini menduduki ranking ke-16 dunia, ranking terendahnya sejak November 2013, yakin Williams mampu membantunya mencapai misi itu.

Williams membantu Woods mencatat 13 daripada 15 kejohanan utama termasuk kemenangan epik 15 pukulan sewaktu Terbuka AS di Pebble Beach pada 2000.

“Memiliki seseorang seperti Steve sebagai kedi adalah penting dalam karier saya untuk menentukan ke mana haluan saya dan bagaimana trajektori bola selepas ini,” kata Day.

“Sasaran saya adalah kembali menduduki ranking nombor satu dunia.”

Disiarkan pada: June 12, 2019 @ 10:00am
d