arena

Aina pindah ke Torino

Oleh AFP

PEMAIN pertahanan Chelsea, Ola Aina berpindah secara tetap ke Torino dengan kedua-dua kelab mengesahkan hari ini klausa tebus kontrak bernilai 10 juta euro (RM47 juta) sudah diaktifkan.

Pemain kebangsaan Nigeria berusia 22 tahun itu menyertai kelab utara Itali itu Ogos lalu secara pinjaman setahun dan melakukan 32 penampilan dalam Serie A, menjaringkan satu gol.

“Setiap orang di Chelsea mengucapkan terima kasih kepada Ola kerana khidmatnya dan kami mendoakan kejayaannya selepas ini,” menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Presiden Torino, Urbano Cairo mengesahkan mereka menebus kontrak Aina selain pemain pertahanan Cristian Ansaldi dari Inter Milan dan Koffi Djidji dari kelab Perancis, Nantes.

“Kini Torino memiliki semua pemain kami,” kata Cairo.

Torino berakhir di tangga ketujuh musim lalu sekali gus terlepas aksi kelayakan ke Liga Europa.

Disiarkan pada: June 12, 2019 @ 6:35pm
d