arena

Reichelt kembali pertajam serangan Melaka

Oleh Nazri Abu Bakar

KEPULANGAN pemain import, Patrick Reichelt ke pangkuan Melaka selepas aksi antarabangsa melegakan jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Menjelang pertemuan menentang Terengganu FC (TFC), Sabtu ini di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, kehadiran semula pemain kelahiran Berlin, Jerman itu memberi ketajaman kepada skuad Hang Tuah.

Pemain naturalisasi Filipina itu menjadi taruhan terbaik buat Zainal berdasarkan reputasi sebagai penjaring terbanyak Melaka ketika ini.

Zainal berkata, lapan gol jaringan Reichelt dalam Liga Super memberi inspirasi tambahan.

“Kami jangka dia akan menjadi fokus pemain pertahanan lawan untuk mengelak kubu dibolosi.

“Pengalaman antarabangsanya dimiliki mampu menghasilkan jaringan.

“Jika dia menjadi fokus lawan, sudah pasti membuka ruang buat Davy Angan dan pemain tempatan lain memecah kebuntuan,” katanya.

Disiarkan pada: June 13, 2019 @ 4:59pm
d