arena

Juve, Sarri bergabung?

Oleh Reuters

JUVENTUS secara asasnya sudah mencapai persetujuan dengan Chelsea berhubung tawaran untuk pengurus Maurizio Sarri menyertai skuad juara Itali itu, lapor Sky Italia dan BBC awal pagi tadi.

Masih belum ada pengesahan rasmi berhubung persetujuan membabitkan kedua-dua kelab tetapi Sarri, yang menjulang Liga Europa bersama Chelsea dijangka menandatangani kontrak tiga tahun, lapor Sky.

Pengurus Juve Massimiliano Allegri meninggalkan kelab Turin itu pada akhir musim tetapi kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea mahukan pampasan kerana melepaskan Sarri untuk menampung tahun terakhir kontraknya.

Menurut Sky dan BBC, kedua-dua kelab bersetuju dengan pampasan berjumlah lima juta pound (RM26.4 juta) untuk diselesaikan lewat hari ini dan Sarri akan diperkenalkan sebagai jurulatih Juve seawal-awalnya pagi esok.

Sarri tiba ke kelab itu dari Napoli pada Julai 2018 dan membawa Chelsea ke tangga ketiga liga bagi menempah tiket ke Liga Juara-juara dan kemudiannya menjulang Liga Europa dengan menewaskan Arsenal 4-1 di Baku.

Disiarkan pada: June 14, 2019 @ 9:09am
d