arena

Aubameyang tak pandang Gabon

Oleh AFP

PENYERANG Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang adalah antara nama besar yang tidak akan beraksi ketika sepak mula Piala Negara Afrika 2019 berlangsung di Mesir 21 Jun ini.

Pemain kelahiran Perancis itu beraksi mewakili Gabon, negara kelahiran bapanya dan terlepas peluang itu apabila menduduki tangga ketiga di belakang Mali dan Burundi pada aksi kelayakan.

Gabon mungkin berpeluang mara jika menang perlawanan pusingan terakhir di Bujumbura, namun hanya seri 1-1 dengan gerakan pemain berusia 29 tahun itu sentiasa dirantai lawan.

Biarpun kecewa dengan Gabon, Aubameyang berkongsi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim lalu bersama-sama dua pemain Afrika iaitu Mohamed Salah dari Mesir dan bintang Senegal Sadio Mane.

Masing-masing menjaringkan 22 gol, lebih satu daripada pemain Argentina Sergio Aguero mewakili juara dua musim berturut-turut Manchester City.

Aubameyang kelihatan tidak bersimpati dengan nasib Gabon pada enam pusingan aksi kelayakan dan enggan melawat Selatan Sudan dan mendakwa pesawat carter itu tidak sesuai untuk penerbangan.

Baru-baru ini Aubameyang mengecam kerajaan Gabon dan pegawai bola sepaknya kerana menamakan bapanya yang sakit sebagai jurulatih negara itu tanpa merujuk tahap kesihatannya untuk jawatan yang ditolaknya.

Disiarkan pada: June 14, 2019 @ 9:51am
d