arena

FELDA United menang aksi 'raya gol'

Oleh BERNAMA

PASUKAN tangga tercorot FELDA United merakam kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 5-4 ke atas PKNS FC pada aksi Liga Super penuh dramatik di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini.

Lima gol skuad The Fighters dijaringkan oleh Thiago Junio pada minit keempat, kapten Hadin Azman (m-44), Faiz Mazlan (m-47), serta dua gol pemain kebangsaan Singapura, Khairul Amri Kamal pada minit ke-51 dan 55.

Empat gol PKNS pula disumbang oleh Kpah Sherman pada minit ke-15, Tamirlan Kozubaev (m-60), Jafri Firdaus Chew (m-71) dan Rodney Akwensivie pada minit ke-81.

Terdahulu, PKNS dihadiahkan sepakan penalti pada hujung babak pertama namun penjaga gol FELDA United, Norazlan Razali menepis percubaan Gabriel Guerra.

Disiarkan pada: June 15, 2019 @ 12:29am
d