arena

Quartararo raih petak utama kali kedua

Oleh Agensi

PELUMBA rookie dari Petronas Yamaha, Fabio Quartararo meraih petak utama buat kali kedua dalam penampilan sulungnya di saingan MotoGP.

Dalam ujian masa Grand Prix (GP) Catalunya itu Quartararo mengetepikan pendahulu keseluruhan dari Honda, Marc Marquez dengan kelebihan 0.015 saat.

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin (KTM Tech 3) akan bermula di petak ke-21 dalam saingan esok.

Dalam saingan Moto2, Augusto Fernandez dari FLEXBOX HP 40, meraih petak utama diikuti, Thomas Luthi (Dynavolt Intact GP) dan Sam Lowes (Federal Oil Gresini Moto2).

Pelumba Kommerling Gresini, Gabriel Rodrigo mengungguli ujian masa Moto3 mengetepikan Ai Ogura (Honda Team Asia) untuk meraih petak kedua, manakala Tony Arbolino (VNE Snipers) mencatat masa ketiga terpantas.

Disiarkan pada: June 15, 2019 @ 10:41pm
d