arena

Haiti bangkit tumpaskan Bermuda

Oleh Reuters

HAITI bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pendatang baru Piala Emas Concacaf, Bermuda 2-1 di Costa Rica awal pagi ini, dengan dua jaringan hero pasukan itu, Frantzdy Pierrot pada separuh masa kedua.

Dante Leverock meletakkan Bermuda di depan 1-0 beberapa minit sebelum tamat masa pertama perlawanan namun tandukan Pierrot membolehkan Haiti menyamakan kedudukkan sembilan minit selepas waktu rehat dan memastikan kemenangan menerusi jaringan lapan minit kemudian.

Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Costa Rica serentak dengan penganjur bersama perlawanan pembukaan kumpulan B membabitkan Nicaragua.

Ia penampilan sulung buat Bermuda di kejohanan Piala Emas dan menyaksikan pertambahan pasukan mengambil bahagian dari 12 kepada 16 pasukan selepas dianjurkan dengan konsep penganjur bersama.

Amerika Syarikat (AS) satu lagi tuan rumah bersama. Pusingan seterusnya membabitkan perlawanan Kumpulan B di Frisco, Texas pada Khamis apabila Costa Rica menentang Bermuda dan Haiti berdepan Nicaragua.

Disiarkan pada: June 17, 2019 @ 10:08am
d