arena

Kenangan terindah Pogba bersama bapa

Oleh Agensi

PAUL Pogba mengirimkan gambar kenangannya ketika zaman kanak-kanak bersama bapa dan gambar terbarunya sempena Hari Bapa.

Bapa pemain tengah Manchester United itu meninggal dunia pada Mei 2017 di usia 79 akibat sakit berpanjangan.

Pogba menujukan tanda ingatan kepada bapanya itu, semalam dengan menulis di imej: 'RIP Papa'.

Dia mengenakan kemeja-t hitam tertera dengan frasa 'Best Dad in the Seven Kingdoms' — sebagai rujukan kepada siri televisyen diminati ramai, Game of Thrones bersama kereta sorong anak lelakinya.

Teman wanita, Maria Salaues dan Pogba menimang cahaya mata sulung mereka pada Januari tahun ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu melihat persamaan antara dirinya dengan anaknya itu ketika mencoret nota di Instagram: 'Bapa borek anak rintik'.

Dia menambah: 'Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di dunia ini. Saya begitu bertuah'.

Disiarkan pada: June 17, 2019 @ 7:22pm
d