arena

Chile belasah Jepun

Oleh Reuters

BINTANG Manchester United yang tidak cergas sepenuhnya Alexis Sanchez menjaringkan gol buat pertama kali dalam tempoh lima bulan dan membantu menghasilkan jaringan tatkala Chile memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Copa America dengan bergaya apabila membelasah Jepun, 4-0, pagi ini.

Juara Copa 2015 dan 2016 mendahului lewat babak pertama berdepan barisan muda berbakat dan kurang pengalaman Jepun menerusi tandukan pemain tengah Erick Pulgar.

Pesta jaringan bermula apabila Eduardo Vargas meneruskan aksi konsisten bersama pasukan negaranya dengan menjaringkan gol dalam empat kejohanan utama ketika Chile menggandakan jaringan minit ke-54 dengan bantuan lantunan bola yang terkena pemain lawan.

Sanchez menjadikan kedudukan 3-0 dengan tandukan terbang dari jarak dekat minit ke-82, dia kemudian dilihat melakukan aksi menumbuk ke udara meraikan jaringannya itu selepas musim mengecewakan bersama United.

Seminit kemudian dia melorongkan bola kepada Vargas yang menjaringkan gol sekali lagi dengan lambungan menarik ke pintu gol.

Disiarkan pada: June 18, 2019 @ 9:15am
d