arena

Mbappe 200 peratus kekal di PSG

Oleh Agensi

PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe akan "200%" kekal di Paris St-Germain (PSG) musim depan, kata Presiden Kelab berkenaan Nasser Al-Khelaifi.

Mbappe, 20, dikaitkan dengan perpindahan dari kelab berpengkalan di Parc des Princes pada musim panas ini, setahun selepas perpindahan tetap pemain itu dari Monaco.

“Saya tidak akan melepaskan pemain ‘gila’ seperti ini,” kata

Al-Khelaifi.

Dia juga berkata “tiada siapa memaksa” penyerang Brazil, Neymar untuk menandatangani kontrak bersama PSG sekali gus mengesahkan khabar angin mengatakan dia tidak gembira di kelab itu.

Dalam temubual bersama France Football, presiden PSG berkata: “Saya mahu pemain yang bangga menjarung jersi kami, bukan pemain yang melaksanakan tugas yang sesuai dengan mereka.”

Juara Piala Dunia, Mbappe menjaringkan 39 gol dalam 43 penampilan di semua kejohanan buat PSG musim lalu, beraksi untuk pasukan itu pada musim sebelumnya dalam tempoh pinjaman dari seteru Ligue 1, Monaco.

Mbappe sebelum ini berkata dia berasa berada pada “masa tepat” dalam karier dan tiba masanya “untuk mengambil lebih tanggungjawab” dan dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan Real Madrid.

“Dia mahu lebih banyak terbabit dalam projek pembangunan bersama pasukan dan kelab. Namun saya terangkan kepada dia itu adalah tanggungjawab, ia tak perlu dijawab,” kata Al-Khelaifi.

“Kami harus pergi mendapatkan mereka, kadang kala terpaksa menarik mereka. Kami tidak akan tunggu, kami cabar.

“Jika dia benar-benar bijak, saya pasti dia akan faham. Adakah dia akan berada di PSG tahun depan? Saya bukan 100% pasti tetapi saya pasti 200%."

Disiarkan pada: June 18, 2019 @ 12:56pm
d