arena

TSC, TSG cemerlang di Filipina

Oleh Azlan Muhammad Zain

DUA pasukan benua negara Team Sapura Cycling (TSC) dan Terengganu Inc TSC Cycling Team (TSG) cemerlang di Le Tour de Filipinas yang berakhir hari ini.

TSC menerusi pelumbanya dari Jerman, Mario Vogt cemerlang apabila menjuarai peringkat kelima dan terakhir hari ini manakala pelumba TSG, Zamri Saleh di tempat ketiga.

Kejayaan Vogt membantunya menamatkan perlumbaan sebagai juara jersi pecut pada perlumbaan 2.2 dalam Jelajah Asia itu.

Dia mengumpul 51 mata, mengatasi pencabar terdekat Dominic Perez dari 7 Eleven Cliqq yang mengumpul 46 mata manakala Zamri ketiga dengan 29 mata.

Seorang lagi pelumba TSG dari Singapura, Goh Choon Huat meraih tempat kedua jersi kuning apabila ketinggalan 45 saat di belakang pemenang Jeroen Meijers dari Taiyuan Miogee Cycling Team yang mengumpul 20 jam 38 minit dan tujuh saat.

Disiarkan pada: June 18, 2019 @ 6:03pm
d