arena

Kelantan bangga ikat JDT II

Oleh Attirmidzie Rahman

KELANTAN mampu berpuas hati meraih satu mata selepas seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang tadi.

Skuad pelawat kendalian Ervin Boban mendahului tuan rumah seawal minit keenam menerusi sepakan penalti yang disempurnakan bekas pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar.

Penalti itu diberikan pengadil selepas Ramadhan Saifullah dikasari pemain pertahanan tuan rumah dalam kotak penalti.

Tuan rumah bagaimanapun memperoleh gol penyamaan pada minit ke-57 menerusi Azwan Aripin hasil rembatan deras dari jarak 30 meter yang menewaskan Haziq Nadzli.

Keputusan itu menyaksikan JDT II kekal di puncak Liga Perdana dengan 29 mata, satu mata di depan pasukan tangga kedua Sabah. Kelantan pula di tangga kedua tercorot dengan 10 mata.

Disiarkan pada: June 18, 2019 @ 8:32pm
d