arena

Maria tunjuk belang

Oleh Reuters

MARIA Sharapova memastikan kemunculan semula selepas rehat enam bulan dengan kemenangan 7-6(8), 6-0 ke atas Viktoria Kuzmova dalam aksi pusingan pertama kejohanan gelanggang rumput Terbuka Mallorca.

Pemain Russia yang juga juara lima kali Grand Slam, berehat sejak Januari kerana kecederaan bahu kanan yang dialami memerlukan dia melakukan pembedahan segera.

Maria berjaya memperolehi mata penting pada set pertama dalam perlawanan sengit itu namun bangkit memperbaiki permainan untuk pantas memenangi set kedua.

Ia adalah perlawanan kompetitif pertama Maria sejak dia menarik diri daripada kejohanan Terbuka St Petersburg pada Januari, dengan memaklumkan mahu melakukan ratawan terhadap kecederaan bahu yang dialami.

Aksi semalam menunjukkan Maria, 32, seolah-olah tidak lagi berdepan kecederaan yang menghantuinya selama hampir sedekad itu.

Dia berjaya mengatasi lawan Viktoria, 21, yang memiliki servis permainan padu. Pemain itu berada pada ranking ke 39 pemain berbanding Maria di tempat 46.

Maria memperolehi ‘wildcard’ pada kejohanan itu dijangka berdepan pilihan utama dan juara bertahan Wimbledon, Angelique Kerber.

Disiarkan pada: June 19, 2019 @ 9:03am
d