arena

Panama tewaskan Trinidad and Tobago

Oleh Reuters

PANAMA menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Trinidad and Tobago dalam aksi Piala Emas Concacaf di Saint Paul, Minnesota, sebentar tadi.

Selepas aksi membosankan pada babak pertama, Panama mendahului pada minit ke-53 apabila hantaran Gabriel Torres berjaya disempurnakan Armando Cooper untuk gol pertamanya dalam kejohanan itu.

Panama menggandakan kelebihan pada minit ke-68 menerusi Edgar Barcenas selepas beberapa percubaan berjaya dihalang penjaga gol Trinidad and Tobago, Marvin Phillip.

Aksi Trinidad and Tobago seterusnya dalam Kumpulan D menentang Amerika Syarikat di Cleveland pada Ahad manakala Panama menentang Guyana.

Disiarkan pada: June 19, 2019 @ 10:25am
d