arena

Torres 'El Nino' umum persaraan

Oleh Agensi

BEKAS penyerang berbisa Atletico Madrid, Liverpool dan Chelsea yang memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol, Fernando Torres mengumumkan persaraannya, hari ini.

“Saya ada sesuatu yang penting untuk diumumkan. Selepas beraksi selama 18 tahun yang menyeronokkan, sudah tiba masanya saya menamatkan karier bolasepak saya,” kata Torres, 35 di laman Twitter.

Torres kini beraksi bersama kelab Jepun, Sagan Tosu.

“Ahad akan datang, pada jam 10 pagi waktu tempatan di Jepun, saya akan mengadakan sidang akhbar di Tokyo untuk menjelaskan semuanya.

Harap dapat berjumpa anda di sana,” katanya.

Torres meninggalkan Atletico pada musim panas lalu untuk beraksi di Jepun selepas menyertai semula kelab zaman remajanya pada 2015.

Dia beraksi sebanyak 334 kali bersama Atletico dengan menjaringkan 111 gol.

Torres turut membuat 142 penampilan untuk Liverpool, menyumbat 81 gol dan menjaringkan 45 gol dalam 172 perlawanan bersama Chelsea.

Torres adalah salah seorang pemain utama ketika Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010.

Disiarkan pada: June 21, 2019 @ 4:10pm
d