arena

Apek fail afidavit tuntutan

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

PROSES tuntutan gaji Khairul Fahmi Che Mat terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memasuki fasa kedua, apabila memfailkan afidavit tuntutan ke Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) petang tadi.

Peguamnya, Zhafri Aminurashid berkata, tindakan itu diambil berikutan sehingga kini bekas majikan anak guamnya itu masih tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat penyata tuntutan dihantar pada 23 Mei lalu.

Katanya, selepas berbincang dengan Khairul Fahmi semalam, anak guamnya itu memutuskan untuk menghantar afidavit tuntutan tunggakan gaji 2015 dan 2016 berjumlah RM145,000 kepada Jawatankuasa Status FAM.

"Pihak jawatankuasa akan tetapkan mesyuarat untuk keputusan berhubung tuntutan itu. Sekiranya masih tidak selesai, kita akan merujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Zhafri berkata, beliau menghantar afidavit tuntutan itu melalui serahan tangan ke pejabat setiausaha FAM dan melalui emel.

Akhbar ini melaporkan walaupun pengurusan KAFA sudah bertukar dua kali, namun tetap liat untuk melangsaikan tunggakan gaji termasuk bagi bekas penjaga gol utama pasukan The Red Warriors itu.

Disiarkan pada: June 21, 2019 @ 11:06pm
d