arena

Semangat baru Najib

Oleh Saiful Affendy Sapran

SELEPAS berehat selama lima bulan akibat kecederaan, pertahanan skuad hoki negara, Muhammad Najib Abu Hassan sudah bersedia untuk kembali merebut tempat.

Najib yang mengalami kecederaan PCL (Posterior Cruciate Ligament) ketika aksi Trofi Juara-Juara Asia di Oman tahun lalu berkata, dia kini sudah pulih sepenuhnya.

"Sasaran saya paling terdekat adalah untuk terpilih beraksi di Jelajah Eropah bulan depan. "Sudah semestinya sebagai pemain saya perlu menanamkan sikap untuk sentiasa merebut tempat dalam apa juga kejohanan skuad kebangsaan.

"Setiap pemain pasti mahu beraksi di kejohanan besar dan begitulah juga dengan saya," katanya.

Bekas kapten skuad remaja negara itu yang melangsungkan perkahwinan hari ini berharap tidak lagi berdepan kecederaan serius seperti pernah dialaminya sebelum ini.

"Tempoh rehat lima bulan ini adalah paling lama sepanjang karier saya. Sekarang saya semakin yakin apabila turun beraksi di atas padang," katanya.

Disiarkan pada: June 22, 2019 @ 10:01pm
d