arena

AS benam Trinidad & Tobago 6-0

Oleh Reuters

AMERIKA Syarikat meledak lima gol pada babak kedua dalam laluan membelasah Trinidad & Tobago 6-0 di Ohio awal pagi tadi untuk menempah tempat ke suku akhir Piala Emas Concacaf.

Keputusan itu, yang turut membantu Panama layak ke pusingan berikutnya, membolehkan AS membalas dendam kekalahan pada 2017 yang menyaksikan mereka terlepas Piala Dunia kali pertama sejak 1986.

Selepas Aaron Long membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-41, Gyasi Zardes menyumbat dua gol untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada pertengahan separuh masa kedua.

Christian Pulisic dan Paul Arriola turut mencatat nama dalam senarai penjaring bagi menjadikan kedudukan 5-0 sebelum Long melengkapkan kemenangan besar itu dengan gol keduanya pada minit terakhir.

AS, yang memburu kejuaraan Piala Emas berturut-turut, berdepan Panama pada aksi terakhir Kumpulan D di Kansas City, awal pagi Khamis ini.

Panama turut layak ke suku akhir selepas mengatasi Guyana 4-2 di Ohio.

Disiarkan pada: June 23, 2019 @ 11:49am
d